Jumaat, 29 Januari 2010
Isnin, 18 Januari 2010
HIKAYAT SI ANTARA DAN SI KUKUPAK
Pada suatu ketika dahulu ada seorang pemuda yang bernama si antara dan tunangnya yang bernama si kukupak pada suatu pagi si antara sedang pergi menyumpit burung (bagunab) ,apabila dia balik pada waktu petang secara kebetulan dia ternampak tunangnya sedang mandi,lalu si antara berkata “jaga kau aku sumpit kau”dengan nada ketawa mempermainkan tunangnya, lalu si kukupak pun berkata “jangan”tapi si antara buat juga ,dia menterbalikkan peluru sumpitannya dengan meletakkan hujung yang tajam dan beracun menghala ke belakang dan menyumpit di betis si kukupak,tapi lain pula yang berlaku hujung peluru yang tajam dan beracun itu pula yang mengena betis si kukupak. Setelah di bawa pulang kerumah si kukupak pun meninggal dunia lalu kerana terlalu sedih si antara meminta agar dia dibunuh saja tapi orang tua dan bakal mertuanya tidak setuju. Kata si Antara kalau tidak dia akan mengamuk. Setelah berbincang dengan lebih panjang dengan keluarganya,maka si antara meminta agar dibuat sebuah keranda (lungun) yang boleh memuatkan dua orang iaitu dia dan tunangnya,dan dia meminta agar penutup keranda sebelah atasnya di buat satu lubang untuk dia keluarkan hujung serulingnya (karuk) dan dia berpesan, sekiranya bunyi serulingnya tidak lagi kedengaran itu bererti dia (si antara) sudah meninggal dunia dan keranda tersebut di letak di tambiruga. Pada malam ketujuh si antara terdengar bunyi menggaru di keranda tersebut apabila sebelah atas keranda tempat di garu itu telah tembus ke dalam si antara telah melihat seekor binatang yang berupa kucing jantan yang berwarna hitam tapi kucing hantu (tinggalung) lalu si antara terus peggang dan picit biji kemaluan kucing (lasak nu tinggalung) tersebut ,lalu kucing hantu (tinggalung) tersebut pun berteriak “adui tolong,..tolong jangan” si antara pun berkata bahawa dia boleh lepaskan tapi dengan satu syarat “kau kasih hidup tunang saya kembali”oleh kerana kesakitan maka kucing hantu (tinggalung) tersebut pun bersetuju lalu dijilatnya mayat si kukupak dari kepala hingga ke hujung jari kaki tapi biji kemaluanya (lasak) tetap di peggang oleh si antara. Setelah sampai tiga kali kucing hantu (tinggalung) tersebut menjilat mayat si kukupak, maka tubuh si kukupak mulai bergerak mula dari hujung jari kaki hingga ke kepala, maka hiduplah si kukupak semula baru si antara melepaskan biji kemaluan kucing hantu (tinggalung) tersebut dan mereka telah membuat perjanjian apabila terdengar bunyi kucing hantu (tinggalung) terus cakap “jangan dekat nanti aku picit biji kemaluanmu”(atong rumani nah omosonku lasak muno) maka kucing hantu (tinggalung) tahu bahawa itu adalah keturunanya. Kemudian si antara dan si kukupak bangun dan pergi menuju ke tepi sungai segama, dan apabila ada sesiapa limpas pakai perahu pergi memburu atau menangkap ikan mereka panggil minta tolong dihantar pulang kerumah mereka tapi tiada seorang pun yang berani singgah kerana di percayai mereka berdua sudah mati, kemudian ada seorang tua yang bernama Ali Asuh sedang berkayu sampan pergi memancing, mereka berdua pun panggil dan orang tua itupun singgah dan bertanya “kenapa ?” si antara pun berkata “pakcik kami berdua minta tolong,"hantar kami ke tempat orang tua kami” orang tua itupun menjawab “bukan kah kamu berdua sudah mati?” mereka pun menjawab “pakcik jangan takut, kami hidup semula” orang tua tersebut pun telah menghantar mereka berdua balik. Setelah sampai dirumah mereka pun menceritakan segala apa yang berlaku tapi ada yang duduk jauh-jauh hanya orang tua mereka yang dekat sambil memeluk dan menangis. Tidak lama kemudian mereka telah di kahwinkan dengan meriah dan berniat terima kasih kepada tuhan (majayuh).
Pesanan dan pantang larang
Sekiranya ada kematian,mayat tersebut haruslah di jaga tidak boleh semua tidur ,dari sebelum dan sesudah dimasukkan ke dalam keranda (lungun) ,semasa masih berada di dalam rumah,tidak boleh di langkah oleh kucing dan di bawah rumah bertepatan dibawah keranda (lungun) haruslah di letakkan batang dengan daun limau kapas (usom) bagi mengelakkan kucing hantu (tinggalung) membocorkan keranda dari bawah kerana dipercayai mayat tersebut akan bangun.
Pencerita : Encik Aslang Jimbun
CERITA SEJARAH HIKAYAT AKI SALIKUMUT
KUMPUL PENYAKIT
Pada masa dahulu aki salikumut datang dari kuamut melalui lintasan di kuala danum,kemudian dia membuat sebuah perahu, kemudian dia potong 7 batang bambu setiap satu berukuran 6 kaki panjang. Dia pun turun dari hulu segama ke hilir untuk mengumpul segala jenis penyakit kemudian di masukkan kedalam potongan bambu-bambu tersebut dan ditutup. Apabila dia sampai di kampung Batu Balos dia singgah dan naik di rumah, semasa dia berada di rumah ada seorang perempuan balu turun ke sungai ,apabila dia ternampak 7 batang bambu yang ditutup di dalam perahu itu dia tahu bahawa itu adalah penyakit, dia pun membukanya dan berkeluaran lah segala penyakit yang di kumpul oleh aki salikumut dari dalam bambu tersebut. Apabila si aki salikumut turun kesungai dia terkejut apabila ternampak 7 batang bambu yang di tutup tempat menyimpan segala jenis penyakit tersebut terbuka, kemudian dia pun bertanya siapa yang membuka penutup bambu tersebut balu perempuan itu pun beritahu bahawa dia yang membukanya dengan rasa kesal si aki salikumut berkata nah habislah semua penyakit sudah terlepas. Balu perempuan tersebut pun menjawab kalau tiada penyakit tiada orang meninggal maka tiadalah keramaian untuk orang kampung berkumpul.
MEMBURUH RUSA (PAYAU)
Aki salikumut tinggal di kuamut sungai milian,dia ada seekor anjing (nama tidak diketahui). Pada satu ketika aki salikumut dan adiknya tubag gayoh pergi memburu apabila anjing tersebut ternampak rusa (payau) anjing tersebut pun mengejar rusa tersebut. Rusa tersebut telah lari menuju ke kawasan sungai segama yang sekarang di beri nama Tinangkusan nuwasu durui buat (di lompat oleh anjing) ulu segama ke gua madai,terus ke batu tadtak kual segama balik ke kuamut, pertengahan sungai segama dan kuamut baru dapat rusa (payau) tersebut. Kemudian aki salikumut menyuruh adiknya tubag gayoh ambil daun durian merah, putih dan daun buah-buahan lain untuk di buat alas memotong rusa (payau) tersebut, tapi apa yang di ambil oleh adiknya bukan daun yang di minta oleh abangnya,daun yang diambilnya ialah daun buah loh (tangkol) yang tumbuh di siring-siring sungai buahnya dimakan oleh ikan, tangkol boho tumbuh di darat. Itulah sebabnya dua jenis pokok tersebut tidak berhenti berbuah manakala daun pokok buah-buahan yang aki salikumut suruh adiknya ambil itu ikut musim untuk berbuah.
(Tapak kaki anjing tersebut masih ada kesannya tapi telah menjadi batu di ulu segama yang di beri nama Tinangkusan nuwasu durui buat ,kesan tapak kaki anjing tersebut lebih besar dari tapak kaki manusia)
SINOPSIS TENTANG TARIAN DAN ACARA KEBUDAYAAN DUSUN SUBPAN
SINOPSIS TARIAN GABILUK
Tarian GABILUK adalah salah satu tarian tradisional suku kaum DUSUN SUBPAN SEGAMA yang merupakan satu-satunya suku kaum yang hanya terdapat di Daerah Lahad Datu,Sabah sahaja.
Tarian GABILUK ini biasanya ditarikan semasa majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, perayaan-perayaan seperti pesta kaamatan (runat kalapadan) dan sambut tetamu.Penari lelaki akan memakai pakaian tradisional yang di panggil baju PIAK KAWAN dan penari perempuan pula akan memakai baju MIGLAP. Penari akan menari berpasangan dengan diiringi pukulan gong dan irama yang sering di mainkan semasa tarian gabiluk ini di beri nama TITIK RAPAT-RAPAT ,TITIK PENGANTIN dan sebagainya...
SINOPSIS TARIAN MANGALAI
Seperti yang kita tahu suku-suku etnik yang lain ada juga tarian yang di sebut MANGALAI ini tetapi ada perbezaan dari segi irama muzik,lenggokan badan dan tangan. Bagi suku kaum dusun subpan ini tarian mangalai biasanya di tari kan berpasangan atau perseorangan . Tapi biasanya kaum lelaki sahaja yang akan menari tarian ini. mangalai juga ada bermacam-macam jenis seperti alai kaniew dan banyak lagi jenis alai.
SINOPSIS TARIAN RUNSAI
Tarian Runsai adalah sejenis tarian yang diiringi oleh pantun-pantun dan ditarikan secara bulatan dan di buat mengelilingi tiang tengah-tengah didalam rumah. Runsai jarang-jarang ditarikan kerana ia memerlukan orang-orang yang pakar dalam pantun-pantun tradisi yang pada masa sekarang ini tidak ramai lagi orang-orang yang tahu pantun-pantun tersebut kerana ia seperti berbalas-balas lelaki dan perempuan. Pada masa dahulu runsai dipersembahkan pada majlis-majlis perkahwinan (pengantin) dan pasangan pengantin harus ikut serta didalam persembahan tersebut bagi menjauhi segala penyakit dan nasib malang dan setiap orang yang menyertainya haruslah membuang ludah di bekas yang diisi dengan abu dapur. Semasa acara runsai ini dijalankan pemudi dan pemuda boleh ikut tapi dengan syarat harus menggunakan saputangan sebagai penghubung bagi mengelakkan tangan bersentuhan, Runsai akan di jalankan pada tengah malam hinggalah ke subuh tanpa henti. Pada masa dahulu runsai akan berlangsung sampai 3 malam berturut-turut.
MAKANAN DAN MINUMAN TRADISI
MINUMAN
Selain daripada air buah-buahan minuman tradisi yang lain adalah seperti:-
MAKANAN
Selain daripada makanan daripada daging haiwan makanan yang lain adalah seperti berikut :-
TAPAI DAN LIHING
Diperbuat daripada beras pulut,beras biasa ataupun ubi kayu dimasak dan dicampur dengan ragi disimpan sampai berbulan-bulan ada yang ditambah air (sunguan) apabila sudah matang dan ada yang dibiarkan menjadi lihing sahaja iaitu air tapai tanpa tambah air (daka sinunguan).SIYOW
Diperbuat daripada air tebu dicampur dengan ragi dan disimpan sampai bergas ada juga yang mengunakan nenas, tapi jarang di buat.MAKANAN
Selain daripada makanan daripada daging haiwan makanan yang lain adalah seperti berikut :-
BALABAG
Dibuat daripada ubi kayu dan pisang tapi boleh juga dicampur dengan kelapa parut.dikukus kemudian di lenyek-lenyek hingga sebati kemudian di uli kecil-kecil dan dimakan lebih sedap kalau dicecah dengan minyak.
BAKIH
kebanyakan suku kaum ada membuat makanan ini,ia dibuat daripada ubi kayu dan kelapa ada juga daripada jaggung muda diparut campur gula,kemudian dibungkus dengan daun pisang,pandan ataupun pelepah buah jaggung kemudian dikukus hingga masak. Boleh dimakan dengan lauk-pauk atau di cecah dengan minyak.
SAYUR-SAYURAN DAN ULAM-ULAMAN
SAYUR-SAYURAN DAN ULAM-ULAMAN
Seperti pucuk rebung (abung),pucuk ubi (intu'u burungon) umbut kelapa
(Tiwak niyow),umbut pisang (sarad punti) dan banyak lagi….
LOMPOG
Kebanyakan suku kaum juga ada buat makanan ini.ia dibuat daripada nasi yang di campur ragi (ragi yang manis sahaja) kemudian dibungkus dengan daun pisang atau dibiarkan dalam tempayan (siburan) setelah 3 hari baru boleh makan,rasanya sedap seperti minum coca-cola,sejuk dan segar.
LOMPOG
Kebanyakan suku kaum juga ada buat makanan ini.ia dibuat daripada nasi yang di campur ragi (ragi yang manis sahaja) kemudian dibungkus dengan daun pisang atau dibiarkan dalam tempayan (siburan) setelah 3 hari baru boleh makan,rasanya sedap seperti minum coca-cola,sejuk dan segar.
JERUK (TINAMBAH)
Selain jeruk dari daging (kulos) ikan dan lain-lain sayuran juga boleh dibuat jeruk seperti daun bawang hanya perlu dicampur garam ubi kayu atau nasi. Banyak lagi makanan tradisi yang tidak dapat dimuatkan disini.
PERUBATAN TRADISIONAL
PERUBATAN TRADISIONAL
Suku kaum Subpan juga mempunyai kaedah perubatanya sendiri iaitu seperti mengurut,herba,dukun dan bomoh.
Mengurut selalunya dilakukan oleh bidan-bidan untuk wanita yang mengandung,sakit perut atau salah urat. Herba pula adalah daripada daun-daun dan akar-akar kayu,direbus untuk diminum atau ditumbuk lumat untuk ditampal ditempat yang sakit ada juga yang dibakar dan dicampur dengan tulang binatang untuk tangas kering (manangos/manguggub).
Dukun pula akan mengubat dengan cara menawar ditempat yang sakit dengan menggunakan kapur siri atau arang daripada benda-benda yang dibakar serta menawar air untuk diminum oleh pesakit.(mangadua)
Bomoh pula akan merawat pesakit dengan bacaan ayat-ayat mentera dan memanggil roh seperti memukul mangkuk untuk memanggil semangat orang yang sakit, sekiranya pesakit terkena kacau oleh benda halus atau semangat orang mati bomoh tersebut boleh melihat nya (mamulih). tetapi apabila pesakit itu susah diubat termasuk doktor-doktor pun sudah tidak dapat merawat maka jalan terakhir adalah GADIEN tetapi ramai yang tidak mahu lakukan rawatan tersebut kerana apabila orang itu sudah sakit teruk sampai badan sudah berbau tapi nyawanya tetap ada, kecuali panggil bomoh yang pandai untuk menanggalkanya. Dan banyak lagi kaedah perubatan tradisional suku kaum dusun subpan yang belum dapat di catat disini.
Isnin, 11 Januari 2010
SEJARAH TAMBIRUGA
Tambiruga adalah satu nama tempat dimana bersemadinya sepasang kekasih yang telah mengikat tali pertunangan,apabila disebut tempat tersebut akan mengigatkan satu memori sedih dimasa silam...Kisahnya sungguh menyayat hati dan pastinya tiada dan tak ada insan yang sanggup lakukan sedemikian demi orang yang dikasihi dan nyawanya diambil oleh tunang sendiri. Alkisah Pada suatu masa dahulu ada sepasang kekasih yang telahpun bertunang, mengikut cerita mereka adalah pasangan yang amat padan. Pada suatu petang apabila pemuda ini sedang bermain-main dengan sumpitan (samputan) yang mana pada masa itu memang tidak berisi peluru beracun (palew) pemuda tersebut ternampak tunangnya sedang mandi di kuala sungai opak,pemuda tersebut pun berkata kepada tunangnya,jaga ya aku sumpit kau sambil ketawa pemuda itupun meniup sumpitannya (samputan).. dengan tidak disangka dan tidak diketahui dari mana datangnya peluru beracun itu lalu mengena si gadis, lalu si gadis jatuh dan mati. Oleh kerana pemuda itu berasa sangat sedih diatas kematian tunangnya yang dikasihi, dia kemudian telah menyuruh orang kampung agar membuat keranda (Lungun) panjang yang boleh memuatkan dirinya dengan tunangnya. Setelah keranda itu siap diapun bersemadi didalam keranda tersebut bersama tunangnya yang telah meninggal. Penutup keranda itu dibuat lubang kecil untuk dia mengeluarkan bunyi serulingnya (karuk) dan diapun berpesan apabila bunyi serulingnya (karuk) masih lagi kedengaran bererti dia masih hidup. Semua penduduk kampung turut bersedih diatas kejadian tersebut, akhirnya pada hari yang ketujuh tiada lagi kedengaran bunyi tiupan serulingnya dan itu menandakan bahawa dia telah meninggal dunia.
Menurut kata penduduk kampung yang pernah melawat ketempat persemadian itu mengatakan bahawa kesan keranda (lungun) tersebut masih ada lagi kelihatan. (nantikan cerita seterusnya tentang pasangan bertunang itu dan apakah sebenarnya kesudahan yang berlaku)
Langgan:
Catatan (Atom)