Isnin, 18 Januari 2010

MAKANAN DAN MINUMAN TRADISI

MINUMAN 
Selain daripada air buah-buahan minuman tradisi yang lain adalah seperti:-

TAPAI DAN LIHING

Diperbuat daripada beras pulut,beras biasa ataupun ubi kayu dimasak dan dicampur dengan ragi disimpan sampai berbulan-bulan ada yang ditambah air (sunguan) apabila sudah matang dan ada yang dibiarkan menjadi lihing sahaja iaitu air tapai tanpa tambah air (daka sinunguan).

SIYOW

Diperbuat daripada air tebu dicampur dengan ragi dan disimpan sampai bergas ada juga yang mengunakan nenas, tapi jarang di buat.

MAKANAN

Selain daripada makanan daripada daging haiwan makanan yang lain adalah seperti berikut :- 

BALABAG

Dibuat daripada ubi kayu dan pisang tapi boleh juga dicampur dengan kelapa parut.dikukus kemudian di lenyek-lenyek hingga sebati kemudian di uli kecil-kecil dan dimakan lebih sedap kalau dicecah dengan minyak.

BAKIH

kebanyakan suku kaum ada membuat makanan ini,ia dibuat daripada ubi kayu dan kelapa ada juga daripada jaggung muda diparut campur gula,kemudian dibungkus dengan daun pisang,pandan ataupun pelepah buah jaggung kemudian dikukus hingga masak. Boleh dimakan dengan lauk-pauk atau di cecah dengan minyak.

SAYUR-SAYURAN DAN ULAM-ULAMAN


Seperti pucuk rebung (abung),pucuk ubi (intu'u burungon) umbut kelapa
(Tiwak niyow),umbut pisang (sarad punti) dan banyak lagi….


LOMPOG

Kebanyakan suku kaum juga ada buat makanan ini.ia dibuat daripada nasi yang di campur ragi (ragi yang manis sahaja) kemudian dibungkus dengan daun pisang atau dibiarkan dalam tempayan (siburan) setelah 3 hari baru boleh makan,rasanya sedap seperti minum coca-cola,sejuk dan segar.
JERUK (TINAMBAH)

Selain jeruk dari daging (kulos) ikan dan lain-lain sayuran juga boleh dibuat jeruk seperti daun bawang hanya perlu dicampur garam ubi kayu atau nasi. Banyak lagi makanan tradisi yang tidak dapat dimuatkan disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggal kan komen anda disini