Isnin, 18 Januari 2010

SINOPSIS TENTANG TARIAN DAN ACARA KEBUDAYAAN DUSUN SUBPAN

SINOPSIS TARIAN GABILUK

Tarian GABILUK adalah salah satu tarian tradisional suku kaum DUSUN SUBPAN SEGAMA yang merupakan satu-satunya suku kaum yang hanya terdapat di Daerah Lahad Datu,Sabah sahaja.

Tarian GABILUK ini biasanya ditarikan semasa majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, perayaan-perayaan seperti pesta kaamatan (runat kalapadan) dan sambut tetamu.Penari lelaki akan memakai pakaian tradisional yang di panggil baju PIAK KAWAN dan penari perempuan pula akan memakai baju MIGLAP.  Penari akan menari berpasangan dengan diiringi pukulan gong dan irama yang sering di mainkan semasa tarian gabiluk ini di beri nama TITIK RAPAT-RAPAT ,TITIK PENGANTIN dan sebagainya...

SINOPSIS TARIAN MANGALAI

Seperti yang kita tahu suku-suku etnik yang lain ada juga tarian yang di sebut MANGALAI ini tetapi ada perbezaan dari segi irama muzik,lenggokan badan dan tangan. Bagi suku kaum dusun subpan ini tarian mangalai biasanya di tari kan berpasangan atau perseorangan . Tapi biasanya kaum lelaki sahaja yang akan menari tarian ini. mangalai juga ada bermacam-macam jenis seperti alai kaniew dan banyak lagi jenis alai.

SINOPSIS TARIAN RUNSAI

Tarian Runsai adalah sejenis tarian yang diiringi oleh pantun-pantun dan ditarikan secara bulatan dan di buat mengelilingi tiang tengah-tengah didalam rumah. Runsai jarang-jarang ditarikan kerana ia memerlukan orang-orang yang pakar dalam pantun-pantun tradisi yang pada masa sekarang ini tidak ramai lagi orang-orang yang tahu pantun-pantun tersebut kerana ia seperti berbalas-balas lelaki dan perempuan. Pada masa dahulu runsai dipersembahkan pada majlis-majlis perkahwinan (pengantin) dan pasangan pengantin harus ikut serta didalam persembahan tersebut bagi menjauhi segala penyakit dan nasib malang dan setiap orang yang menyertainya haruslah membuang ludah di bekas yang diisi dengan abu dapur. Semasa acara runsai ini dijalankan pemudi dan pemuda boleh ikut tapi dengan syarat harus menggunakan saputangan sebagai penghubung bagi mengelakkan tangan bersentuhan, Runsai akan di jalankan pada tengah malam hinggalah ke subuh tanpa henti. Pada masa dahulu runsai akan berlangsung sampai 3 malam berturut-turut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggal kan komen anda disini