Jumaat, 1 Februari 2013

ASAL-USUL SUKU KAUM DUSUN SUBPAN SEGAMA LAHAD DATU. SABAH


Pada masa dahulu suku kaum Dusun subpan memang telah wujud dan menetap di sepanjang sungai segama seperti Kampung Bukit Belacon, kg.Litok Pulau, kg.Teliwas, kg.Balasu,kg.Litok Tabpoh, kg.Tawaiyari, kg.Opak,kg. bakat burut,kg.masuli dan banyak lagi kampung sehinggalah ke Danum Ulu Segama yang terletak di Daerah Lahad Datu,bahagian pantai timur Sabah dan merupakan salah satu suku kaum etnik di Daerah ini Pada waktu dahulu suku kaum ini menyara hidup mereka dengan bercucuk tanam seperti menanam padi bukit,ubi kayu,pisang dan lain-lain lagi serta memburu binatang dan menangkap ikan sehinggalah kehari ini.

MENGAPA SUKU KAUM DUSUN SUBPAN MINORITI
Kesan-kesan tinggalan sejarah iaitu seperti tempat perkuburan telah membuktikan kewujudan Etnik ini di Daerah Lahad Datu.Tempat-tempat perkuburan tersebut adalah seperti yang terdapat di Danum,Batu Balos,Tapadung,Tambiruga,Tukbad dan masih ada tempat lain lagi. Tetapi yang menjadi tanda Tanya mengapa suku kaum Dusun Subpan tidak lagi menggunakan bahasa Subpan didalam pertuturan seharian sebaliknya menggunakan bahasa Dusun Sungai yang berasal dari Kuamut Daerah Kota Kinabatangan tapi tidak seratus peratus sama kerana ada sedikit saja perbezaan termasuk loghat nya pertuturannya ?.......
Suku Kaum Dusun subpan ini yang ada kaitan dengan BULUDUPIH ini pada ketika itu hampir pupus kerana berlakunya satu wabak penyakit kulit (kusta) yang dikenali sebagai SAKIT MANGANIT KAYU yang telah meraggut ramai nyawa sehingga seramai 10 orang mati dalam masa sehari,sehinggalah ada seorang perempuan telah bermimpi ada sepasang suami isteri datang memberitahu supaya penduduk kampung berpindah keulu segama,kalau enggan berpindah kemungkinan suku kaum Subpan akan pupus sama sekali.kemudian ketua-ketua kampung telah menyuruh orang kampung agar menyediakan perahu,makanan, bibit-bibit tanaman serta haiwan peliharaan dan berpindah ke Ulu Segama sampai kesungai Danum disitulah mereka membuat kampung halaman ketua-ketua kampung telah mengambil keputusan untuk meninjau kembali keadaan kampung yang telah mereka tinggalkan apabila mereka dapati bahawa penyakit itu telah redah maka penduduk kampung kembali menetap di perkampungan masing-masing .

Tidak lama selepas itu suku kaum Sungai yang berasal dari kuamut kinabatangan telah datang berhijrah ke segama melalui jalan darat dan masuk melaui sungai TIDOG ke PULAU LINTUNON (Puroh Lintunon) ulu segama kemudian mereka membuat perahu dan turun ke perkampungan suku kaum Subpan di Sepanjang sungai Segama dan menetap disitu, Mereka turut menjalani kehidupan seperti suku kaum Subpan iaitu bercucuk tanam ,berladang, memburu dan menangkap ikan. Selepas itu saudara mara mereka pun menyusul dan ramai yang telah berkahwin dengan suku kaum Subpan dengan itu maka berlakulah suatu perubahan yang amat ketara iaitu dari segi pertuturan bahasa yang mana bahasa yang digunakan oleh suku kaum Dusun Subpan pada masa ini adalah bahasa Dusun Sungai yang berasal dari ulu kinabatangan hanya loghat sahaja yang berbeza, itu adalah disebabkan suku kaum sungai lebih ramai dari suku kaum Subpan pada masa itu. Tetapi untuk menghidupkan semula bahasa Subpan yang telah hampir pupus ketika ini memang susah sudah kerana ketika ini tidak ramai lagi yang boleh bertutur dalam bahasa Subpan, jika adapun hanya sepatah dua kata sahaja. Akan tetapi walaupun bahasa pertuturan telah berubah tapi adat budaya suku kaum Dusun Subpan tetap dipelihara, kerana sejarah itu juga ramai yang tidak mengenali dan mengetahui bahawa wujudnya suku kaum Dusun Subpan di Daerah ini,diharapkan dengan penjelasan yang ada maka tidak akan timbul lagi kekeliruan diantara Dusun Sungai dengan Dusun Subpan kerana meraka adalah dibawah satu rumpun Etnik Negeri SABAH.


Nota : gara-gara mau update sampai post asal bertarikh 11,JANUARI 2010 ISNIN tak boleh keluar
sudah,terpaksa post balik )