Isnin, 11 Januari 2010

SEJARAH TAMBIRUGA



Tambiruga adalah satu nama tempat dimana bersemadinya sepasang kekasih yang telah mengikat tali pertunangan,apabila disebut tempat tersebut akan mengigatkan satu memori sedih dimasa silam...Kisahnya sungguh menyayat hati dan pastinya tiada dan tak ada insan yang sanggup lakukan sedemikian demi orang yang dikasihi dan nyawanya diambil oleh tunang sendiri. Alkisah Pada suatu masa dahulu ada sepasang kekasih yang telahpun bertunang, mengikut cerita mereka adalah pasangan yang amat padan. Pada suatu petang apabila pemuda ini sedang bermain-main dengan sumpitan (samputan) yang mana pada masa itu memang tidak berisi peluru beracun (palew) pemuda tersebut ternampak tunangnya sedang mandi di kuala sungai opak,pemuda tersebut pun berkata kepada tunangnya,jaga ya aku sumpit kau sambil ketawa pemuda itupun meniup sumpitannya (samputan).. dengan tidak disangka dan tidak diketahui dari mana datangnya peluru beracun itu lalu mengena si gadis, lalu si gadis jatuh dan mati. Oleh kerana pemuda itu berasa sangat sedih diatas kematian tunangnya yang dikasihi, dia kemudian telah menyuruh orang kampung agar membuat keranda (Lungun) panjang yang boleh memuatkan dirinya dengan tunangnya. Setelah keranda itu siap diapun bersemadi didalam keranda tersebut bersama tunangnya yang telah meninggal. Penutup keranda itu dibuat lubang kecil untuk dia mengeluarkan bunyi serulingnya (karuk) dan diapun berpesan apabila bunyi serulingnya (karuk) masih lagi kedengaran bererti dia masih hidup. Semua penduduk kampung turut bersedih diatas kejadian tersebut, akhirnya pada hari yang ketujuh tiada lagi kedengaran bunyi tiupan serulingnya dan itu menandakan bahawa dia telah meninggal dunia.

Menurut kata penduduk kampung yang pernah melawat ketempat persemadian itu mengatakan bahawa kesan keranda (lungun) tersebut masih ada lagi kelihatan. (nantikan cerita seterusnya tentang pasangan bertunang itu dan apakah sebenarnya kesudahan yang berlaku)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggal kan komen anda disini