Isnin, 18 Januari 2010

HIKAYAT SI ANTARA DAN SI KUKUPAK

Alkisah ini telah tercatit di dalam sebuah buku milik PERSATUAN SUKU KAUM DUSUN SUBPAN SEGAMA yang bertajuk Sejarah TambirugaCerita didalam buku tersebut berakhir dengan kematian pasangan bertunang tersebut.  Dan disini akan diceritakan secara lengkap permulaan dan pengakhiran cerita tersebut.

Pada suatu ketika dahulu ada seorang pemuda yang bernama si antara dan tunangnya yang bernama si kukupak pada suatu pagi si antara sedang pergi menyumpit burung (bagunab) ,apabila dia balik pada waktu petang secara kebetulan dia ternampak tunangnya sedang mandi,lalu si antara berkata “jaga kau aku sumpit kau”dengan nada ketawa mempermainkan tunangnya, lalu si kukupak pun berkata “jangan”tapi si antara buat juga ,dia menterbalikkan peluru sumpitannya dengan meletakkan hujung yang tajam dan beracun menghala ke belakang dan menyumpit di betis si kukupak,tapi lain pula yang berlaku hujung peluru yang tajam dan beracun itu pula yang mengena betis si kukupak.  Setelah di bawa pulang kerumah si kukupak pun meninggal dunia lalu kerana terlalu sedih si antara meminta agar dia dibunuh saja tapi orang tua dan bakal mertuanya tidak setuju.  Kata si Antara kalau tidak dia akan mengamuk. Setelah berbincang dengan lebih panjang dengan keluarganya,maka si antara meminta agar dibuat sebuah keranda (lungun) yang boleh memuatkan dua orang iaitu dia dan tunangnya,dan dia meminta agar penutup keranda sebelah atasnya di buat satu lubang untuk dia keluarkan hujung serulingnya (karuk) dan dia berpesan, sekiranya bunyi serulingnya tidak lagi kedengaran itu bererti dia (si antara) sudah meninggal dunia dan keranda tersebut di letak di tambiruga.  Pada malam ketujuh si antara terdengar bunyi menggaru di keranda tersebut apabila sebelah atas keranda tempat di garu itu telah tembus ke dalam si antara telah melihat seekor binatang yang berupa kucing jantan yang berwarna hitam tapi kucing hantu (tinggalung) lalu si antara terus peggang dan picit biji kemaluan kucing (lasak nu tinggalung) tersebut ,lalu kucing hantu (tinggalung) tersebut pun berteriak “adui tolong,..tolong jangan” si antara pun berkata bahawa dia boleh lepaskan tapi dengan satu syarat “kau kasih hidup tunang saya kembali”oleh kerana kesakitan maka kucing hantu (tinggalung) tersebut pun bersetuju lalu dijilatnya mayat si kukupak dari kepala hingga ke hujung jari kaki tapi biji kemaluanya (lasak) tetap di peggang oleh si antara.  Setelah sampai tiga kali kucing hantu (tinggalung) tersebut menjilat mayat si kukupak, maka tubuh si kukupak mulai bergerak mula dari hujung jari kaki hingga ke kepala, maka hiduplah si kukupak semula baru si antara melepaskan biji kemaluan kucing hantu (tinggalung) tersebut dan mereka telah membuat perjanjian apabila terdengar bunyi kucing hantu (tinggalung) terus cakap “jangan dekat nanti aku picit biji kemaluanmu”(atong rumani nah omosonku lasak muno) maka kucing hantu (tinggalung) tahu bahawa itu adalah keturunanya.  Kemudian si antara dan si kukupak bangun dan pergi menuju ke tepi sungai segama, dan apabila ada sesiapa limpas pakai perahu pergi memburu atau menangkap ikan mereka panggil minta tolong dihantar pulang kerumah mereka tapi tiada seorang pun yang berani singgah kerana di percayai mereka berdua sudah mati, kemudian ada seorang tua yang bernama Ali Asuh sedang berkayu sampan pergi memancing, mereka berdua pun panggil dan orang tua itupun singgah dan bertanya “kenapa ?” si antara pun berkata “pakcik kami berdua minta tolong,"hantar kami ke tempat orang tua kami” orang tua itupun menjawab “bukan kah kamu berdua sudah mati?” mereka pun menjawab “pakcik jangan takut, kami hidup semula” orang tua tersebut pun telah menghantar mereka berdua balik.  Setelah sampai dirumah mereka pun menceritakan segala apa yang berlaku tapi ada yang duduk jauh-jauh hanya orang tua mereka yang dekat sambil memeluk dan menangis.  Tidak lama kemudian mereka telah di kahwinkan dengan meriah dan berniat terima kasih kepada tuhan (majayuh).

Pesanan dan pantang larang

Sekiranya ada kematian,mayat tersebut haruslah di jaga tidak boleh semua tidur ,dari sebelum dan sesudah dimasukkan ke dalam keranda (lungun) ,semasa masih berada di dalam rumah,tidak boleh di langkah oleh kucing dan di bawah rumah bertepatan dibawah keranda (lungun) haruslah di letakkan batang dengan daun limau kapas (usom) bagi mengelakkan kucing hantu (tinggalung) membocorkan keranda dari bawah kerana dipercayai mayat tersebut akan bangun.

Pencerita :  Encik Aslang Jimbun


1 ulasan:

Sila tinggal kan komen anda disini