Isnin, 18 Januari 2010

CERITA SEJARAH HIKAYAT AKI SALIKUMUT

KUMPUL PENYAKIT

Pada masa dahulu aki salikumut datang dari kuamut melalui lintasan di kuala danum,kemudian dia membuat sebuah perahu, kemudian dia potong 7 batang bambu setiap satu berukuran 6 kaki panjang. Dia pun turun dari hulu segama ke hilir untuk mengumpul segala jenis penyakit kemudian di masukkan kedalam potongan bambu-bambu tersebut dan ditutup. Apabila dia sampai di kampung Batu Balos dia singgah dan naik di rumah, semasa dia berada di rumah ada seorang perempuan balu turun ke sungai ,apabila dia ternampak 7 batang bambu yang ditutup di dalam perahu itu dia tahu bahawa itu adalah penyakit, dia pun membukanya dan berkeluaran lah segala penyakit yang di kumpul oleh aki salikumut dari dalam bambu tersebut. Apabila si aki salikumut turun kesungai dia terkejut apabila ternampak 7 batang bambu yang di tutup tempat menyimpan segala jenis penyakit tersebut terbuka, kemudian dia pun bertanya siapa yang membuka penutup bambu tersebut balu perempuan itu pun beritahu bahawa dia yang membukanya dengan rasa kesal si aki salikumut berkata nah habislah semua penyakit sudah terlepas. Balu perempuan tersebut pun menjawab kalau tiada penyakit tiada orang meninggal maka tiadalah keramaian untuk orang kampung berkumpul.

MEMBURUH RUSA (PAYAU)

Aki salikumut tinggal di kuamut sungai milian,dia ada seekor anjing (nama tidak diketahui). Pada satu ketika aki salikumut dan adiknya tubag gayoh pergi memburu apabila anjing tersebut ternampak rusa (payau) anjing tersebut pun mengejar rusa tersebut. Rusa tersebut telah lari menuju ke kawasan sungai segama yang  sekarang di beri nama Tinangkusan nuwasu durui buat (di lompat oleh anjing) ulu segama ke gua madai,terus ke batu tadtak kual segama balik ke kuamut, pertengahan sungai segama dan kuamut baru dapat rusa (payau) tersebut. Kemudian aki salikumut menyuruh adiknya tubag gayoh ambil daun durian merah, putih dan daun buah-buahan lain untuk di buat alas memotong rusa (payau) tersebut, tapi apa yang di ambil oleh adiknya bukan daun yang di minta oleh abangnya,daun yang diambilnya ialah daun buah loh (tangkol) yang tumbuh di siring-siring sungai buahnya dimakan oleh ikan, tangkol boho tumbuh di darat. Itulah sebabnya dua jenis pokok tersebut tidak berhenti berbuah manakala daun pokok buah-buahan yang aki salikumut suruh adiknya ambil itu ikut musim untuk berbuah.

(Tapak kaki anjing tersebut masih ada kesannya tapi telah menjadi batu di ulu segama yang di beri nama Tinangkusan nuwasu durui buat ,kesan tapak kaki anjing tersebut lebih besar dari tapak kaki manusia)

2 ulasan:

  1. Cerita pahlawan dusun subpan ada kh saudara? Mgkn bole kongsi sikit

    BalasPadam
  2. Boleh ceritakan pasal pahlawan GARUDA

    BalasPadam

Sila tinggal kan komen anda disini