Isnin, 11 Januari 2010

SEJARAH GUA BATU BALOS

KEUZURAN

Apabila ada orang meninggal dunia baik siang ataupun malam tuan rumah akan memukul gong, irama pukulan gong untuk orang meninggal tidak sama dengan pukulan gong untuk majlis-majlis keramaian untuk memberitahu kepada orang kampung bahawa ada kematian di rumah tersebut dan kemudian penduduk kampung akan datang beramai-ramai untuk membantu keluarga simati dalam hal membuat keranda (lungun). Syarat-syarat yang perlu dipatuhi apabila ada kematian seperti tidak boleh ada kucing melangkah mayat,tidak boleh membawa limau naik kerumah ,di bawah rumah bertepatan dengan keranda(lungun) itu berana hendaklah di letakkan batang limau yang berduri berserta dengan daun nya sekali (ra'an om raun nu usom) ,sepanjang si mati masih ada di rumah keuzuran tersebut orang yang ada disitu harus bergilir-gilir berjaga tidak boleh tidur semua dan lain-lain pantang larang lagi. Apabila selesai pengkebumian pada hari yang ketiga dipanggil KARATOB dikatakan bahawa roh simati akan kembali kerumah tersebut tetapi dia akan pegi juga,pada keesokan harinya beberapa orang akan pergi ke kuburnya untuk menghantar barang-barang simati. pada malamnya di panggil KARATOB MANILAA menurut kepercayaan pada malam karatob manilaa itu ada jin yang berlidah panjang akan datang untuk menjilat tempat meletak keranda sewaktu masih ada dirumah tersebut.

AGOP BATU BALOS 

Pada suatu ketika dahulu ada dua orang adik-beradik yang mempunyai kuasa sakti yang buat orang tidak dapat melihatnya (asundu).iaitu AKI MANAI SILONG (adik) dan AKI GUMPUT SILONG (abang). Aki manai silung telah berkahwin dengan suku kaumnya sendiri manakala Aki Gumput Silong telah berkahwin di kinabatangan. Setelah sekian lama si adik datang ke kinabatangan untuk mengajak abangnya bertarung bagi membuktikan siapa yang paling hebat, tetapi si abang telah menolak akan tetapi si adik berdegil dan akan mengamuk jika kehendaknya tidak dituruti, akhirnya si abang bersetuju dan menetapkan masa pertarungan pada hari ketujuh tetapi abangnya berpesan agar adiknya sediakan segala pelapis tubuh. Pada hari ketujuh datanglah adiknya dengan kerisnya dan memanggil abangnya agar turun ketanah untuk bertarung sampai mati,tapi malang tak berbau akhirnya setelah 3 hari bertarung si adik (aki manai silong) telah kalah ditangan abangnya (aki gumpot silong) ,kepalanya di penggal dan abangnya suruh adiknya pulang dengan usus-ususnya termasuk kerisnya,setiba dirumah isterinya hanya mendengar suara suaminya meminta disediakan TALAM TEMBAGA (dulang) untuk dia duduk barulah isterinya melihatnya,kemudian dia menyuruh isterinya masak bubur,apabila bubur dah masak isterinya menyuap kemulut suaminya,lalu dia menyuruh isterinya agar menyuruh orang kampung membuat keranda untuk kepala dan ususnya serta kerisnya kemudian dikebumikan di Gua Batu Balos di sebelah kanan atas.
Dengan kejadian tersebut dia (aki manai silong) sempat berpesan agar semua suku kaumnya supaya jangan berbuat jahat dahulu dengan orang lain kerana pasti akan kalah dan katanya semua suku kaumnya apabila meninggal dunia hendaklah dikebumikan di (agob) Gua Batu Balos kecuali suku lain tidak dibenarkan disimpan di dalam gua tersebut,tapi kerandanya boleh diletakkan dibawah Gua sahaja. Keranda (Lungun) tersebut bersaiz kecil sahaja.pasti orang tidak percaya bahawa keranda tersebut hanya tersadai di batu yang tidak rata tetapi ia tidak akan jatuh walaupun ia keluar hampir kehujung tempat ia diletakkan.

menurut kata orang-orang kampung apabila ada pengkebumian di gua tersebut keranda itu akan kelihatan seperti apabila ia keluar sampai kelihatan keseluruhan kerandanya bererti akan ada lagi yang akan meninggal iaitu orang dewasa atau tua,tetapi jika hujungnya saja yang kelihatan bererti yang akan meninggal adalah lebih kecil (kanak-kanak)

Pantang larang : 
Apabila pergi ke Agob baru balos dan apabila terlihat keranda kecil (lungun) tersebut jangan di tunjuk dan jangan di tegur dan jangan sebut namanya.

2 ulasan:

  1. Menarik sungguh cerita ini boleh dijadikan bahan terbitan.. bolehkah

    BalasPadam
  2. Ini fb saya https://www.facebook.com/azaman.awang

    BalasPadam

Sila tinggal kan komen anda disini