Isnin, 11 Januari 2010

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM DUSUN SUBPAN

 MERISIK
    
Dilakukan oleh orang yang dipilih oleh keluarga
pihak lelaki setelah mendapat mimpi yang bagus selama tiga (3) malam dan apabila perempuan yang hendak di tunang itu belum ada yang punya barulah pinangan dihantar akan tetapi perlu di ketahui samada perempuan yang dirisik itu sudah BALIGH
(sudah datang haid) atau belum 

TUNANG
           
Bagi perempuan yang belum BALIGH (sudah datang haid) hantaran tunang adalah sebuah Gelang Kuning (kawat),wang tunai RM1.00 dan seekor ayam betina.kalau perempuan itu sudah BALIGH (sudah datang haid) hantarantunangnya adalah wang tunai RM1.00 dan seekor ayam betina,pinangan tidak terus-terus diterima pihak lelaki kena tunggu selewat-lewatnya tiga (3) hari dan apabila pinangan tidak dikembalikan dalam masa itu bererti pinangan telah diterima,kemudian pihak perempuan akan menghantar wakil memberitahu pihak lelaki bersama dengan adat-
istiadat yang diminta bahawa pinangan telah diterima. Pada masa sekarang hantaran pinangan berbentuk wang tunai RM50.00,sebentuk cincin dan saputangan untuk membungkus benda itu tadi.dan setiap bulan sebelum kahwin si lelaki kena memberi belanja tunang. 


HANTARAN
  
Mengikut adat-istiadat suku kaum Subpan pihak lelaki hanya perlu memberi hantaran sebanyak lapan kepala (waluh uluh) lebih kurang RM350.00 sahaja tetapi bagi anak bongsu pihak lelaki dikenakan sembilan kepala(siwoi uluh).bersamaan dengan RM500.00 bersama dengan adat-istiadat yang lain. Segala makan minum untuk orang ramai semasa majlis kahwin selama tiga (3) hari itu akan ditanggung oleh pihak pengantin perempuan, kerana bagi suku kaum Subpan mendapat menantu lelaki adalah seperti mendapat anak lelaki kerana mengikut adat,pengantin lelaki mesti ikut pengantin perempuan .
 
Pada masa sekarang hantaran perkahwinan adalah seperti kain sarung (tapih) ,dan lain-lain lagi hajat (dandi) yang diminta oleh kaum keluarga perempuan. Wang belanja majlis perkahwinan (belanja dapur) diminta oleh Pihak perempuan dari pihak lelaki dan nilainya hanya pihak perempuan yang tentukan,kerana di zaman yang serba moden ni apabila pasangan bertunang telah berkahwin pengantin lelaki tidak tinggal bersama mentua sebaliknya pengantin perempuan yang ikut suami dan tinggal sendirian kerana si suami bekerja tidak seperti zaman dulu pekerjaan yang ada hanyalah bertani,berladang dan menangkap ikan.
   
Apabila hampir tarikh perkahwinan, pasangan yang akan berkahwin itu tidak dibenarkan bertemu,apalagi pada zaman dahulu JODOH selalunya ditentukan oleh orang tua. Sebelum majlis kahwin diadakan pihak lelaki dan perempuan hendaklah memanggil seorang tua untuk (menilik putika) mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tarikh dilihat mengikut amalan tradisi orang tua-tua dahulu seperti contoh (katam kubol) yang menurut kepercayaan adalah masa yang bagus untuk mengadakan majlis perkahwinan.
                            
          MANGADAA-ADAA

Sehari sebelum majlis perkahwinan satu majlis yang dipanggil mangadaa-adaa akan diadakan dan pihak lelaki akan mengadakan majlis bagi pengantin lelaki tetapi pihak perempuan juga tidak boleh diam kerana apabila rumah pengantin lelaki memukul gong,rumah Pengantin perempuan juga kena memukul gong bagi mengelakkan cuaca yang tak diingini berlaku.

Suku kaum Dusun Subpan ada dua kategori majlis perkahwinan iaitu (pengantin) satu majlis yang penuh adat-istiadat dan banyak pantang larang,persandingan diadakan waktu siang dan seterusnya majlis keramaian. Tetapi pada masa dahulu apabila kedua belah pihak tidak mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan dapat dilakukan,kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih dahulu,sekiranya sudah selesai barulah acara perkahwinan dapat di jalankan.  Dan sepanjang malam semasa menunggu acara persandingan pasangan yang akan berkahwin tersebut tetidak boleh tidur kerana menurut kepercayaan sesiapa diantara mereka berdua yang tidur,bermakna dia akan meninggal duluan.  

Kahwin (musilom atau mutarang) seperti  satu majlis yang digemari oleh orang pada masa ini kerana ianya tidak banyak pantang larang dan persandingan diadakan pada waktu malam dan seterusnya majlis keramaian.  Tetapi ada juga seperti kahwin pengantin iaitu apabila kedua belah pihak tidak mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan dapat dilakukan, kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih dahulu. Tetapi pada masa sekarang ramai yang mengadakan majlis persandingan seperti ini di waktu siang kerana pada malam mangadaa-adaa pihak rombongan lelaki kecuali pengantin lelaki akan datang untuk menyelesaikan semua urusan mengenai adat-istiadat Dan sebelah malam selepas
persandingan,majlis keramaian dengan mengenakan gaun dan kot serta pemotongan kek perkahwinan.    

MAJLIS MANANDOH

 Pada hari ke tiga (3) perkahwinan, satu lagi majlis akan diadakan iaitu majlis manandoh dan diadakan juga majlis (manukab batol) dimana acara minum di tapai tajau dengan ddahului oleh pasangan pengantin dengan pukulan canang di samping nya dan disertai dengan pukulan (basal) muzik tradisi kemudian diikuti oleh keluarga kedua belah pihak pengantin dan para tetamu dan seterusnya acara mangalai dan gabiluk diadakan.  Acara mangalai adalah acara yang membuat majlis menjadi riuh-rendah kerana setiap orang akan kena menari apabila sapu tangan yang digunakan terutama (dalundung) tudung kahwin akan di lepaskan di atas bahu seseorang tanpa mengetahuinya (seperti permainan passing puzzle) dan disitu lah pada (rara'a) gadis akan berlarian kerana takut terkena giliran menari. Pada keesokan harinya pasangan pengantin hendaklah membuka ladang (kecil sahaja sebagai simbol bermulanya kehidupan suami isteri mencari rezeki bersama) 


ALAT-ALAT TRADISIONAL TERMASUK PAKAIAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN ALAT MUZIK (Basal) 

Gong,(agung ayo,titingkoh) kulintangan dan canang
(babandil sarok-sarok,taringkok,lambat-lambat),
Bungkau(diperbuat daripada batang polod yang sudah tua), karuk (seruling yang diperbuat daripada bambu yang nipis dipanggil widu), Gabang (diperbuat dari potongan kayu dan ada yang dari tong deram besi) Untuk majlis perkahwinan muzik tradisional akan dimainkan mengikut turutan iaitu :   


1.Ketibaan rombongan pengantin lelaki tiba   

2.apabila pengantin menuju ke pelamin (pangaturan) 

3.sesudah pengantin lelaki duduk di pelamin (pangaturan) 

Irama muzik tersebut diantaranya diberi nama :- 

Titik Pengantin,Titik Rapat-rapat,Titik Tantasuran,Titik Bila-bila dan banyak lagi. 


PELAMIN DAN HIASAN   

Tilam ,bantal (lunan) ,(bunga pengantin) bunga manggar,gadur,(sarapah)Tempat menyimpan siri pinang,(sampiran)Kain Pelamin yang diperbuat dari potongan-potongan kain bermacam warna,(lantaka) Meriam kecil ,(langit-langit) kain yang di pasang diatas pelamin kalau kahwin adat pengantin seluruh siling rumah mesti ditutupi oleh kain berukir tersebut, (kalambu) kain yang menutupi kawasan pelamin dan pengantin lelaki tidak dibenarkan masuk selagi belum membayar adat buka kelambu dan ada kelambu sampai beberapa lapis,(Lansoi) kain yang menutup bahagian depan pelamin (Bandira) pihak pengantin lelaki dan perempuan mesti ada bendera yang di buat khas kalau dahulu pengantin lelaki akan di bawa dengan rakit yang berhias)dan lain-lain lagi.
 
PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI LELAKI
          
(Sigar) Tanjak,(dalundung)Tudung perkahwinan yang berwarna merah dijahit dengan sulaman dan labuci,(piakawan)baju dari kain berwarna hitam dijahit sulam dan labuci ,(saduwor raragu) seluar,(kandit) kain yang di ikat di pinggang berwarna hijau dan merah di sambung di tengah-tengah,(Parantina) Kepala tali pinggang, (sabung lalom) baju dalam khas warna putih dan saputangan sebagai alas mencium tangan bakal mentua.

PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI PEREMPUAN 


(Miglap) baju perempuan di perbuat dari kain yang berwarna merah,hitam,hijau,biru,kuning ) tapi warna hitam yang menjadi keutamaan ia di jahit (talambu) sulam dan (antilas)labuci ,(tapih) kain seperti kain songket yang ada campuran berbagai warna dan kebiasaanya orang suka pakai warna merah,(dalundung)di pakaikan di kepala pengantin dan pengapit ,(Rampih) sanggul rambut ,(Bubu'uk) biasanya orang-orang tua suka menyimpan rambut panjang kemudian dipotong dan di ikat dihujungnya dan rambut ini akan di sambung di rambut pengantin yang pendek untuk di jadikan sanggul.  Dahi perempuan akan di sapu dengan sejenis bahan campuran yang dibuat khas dari bahan semula jadi yang berwarna hitam (ayok),(sudai mas )sejenis perhiasan di kepala pengantin begitu juga dengan (Titimpok )cucuk sanggul, anting-anting (ba’ang)seperti bentuk kon bulat dan ada yang mempunyai permata,bentuk gong ada yang sampai 3 biji bersambung,(lilingkong yang berbentuk seperti spring) ,(Tambuku) Butang emas atau kerongsang berbentuk syiling bulat,hati dan kupu-kupu dan sebagainya,rantai (pokol) (bunga rampai) jenis bersambung-sambung ke bawah dan membentuk tiga segi dengan corak bulan dan bintang dan bertahtakan batu permata,manik dan rantai berloket syiling bulat dan gelang (golong) perak yang lebar berukir,kawat besi kuning dan emas, dan (pandulung) cincin.


8 ulasan:

  1. boleh tak sertakan video sekali... sy nak tahu macam mana majlis perkahwinan...

    BalasPadam
  2. saya baru tahu kedudukan sebenar dan asal usul orang dusun,.saya juga baru tahu adanya dusun SUBPAN,..ada lagi persoalan,.kebanyakan orang mengatakan bahawa masyarakat ini(dusun) sebenarnya berasal dari tanah besar china,.bagaimana? ada sesiapa yang boleh menjelaskan persoalan ini.

    BalasPadam
  3. saya pun ada dengar macam tu juga..tapi klau di lihat dari segi perhiasan terutama kaum wanita dulu2 kan seperti sanggul dan perhiasan di kepala memang ada hampir serupa

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang berbeza o dulu dengan sekarang... emm..tp skg lg bgs dr dlu..

      Padam
    2. iya memang jauh berbeza,sebab sara hidup pun tinggi pada masa sekarang,semua pun mau serba moden,tpi susah juga orang tua perempuan klau ikut adat lama ni kan.

      Padam
  4. susah juga adat-adat perkhwinan orang dusun nieee.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang susah tapi macam senang pula bagi yang lelaki kan tidak banyak duit keluar

      Padam
  5. apa erti subpan? adakah dusun subpan ini masih orang dusun?

    BalasPadam

Sila tinggal kan komen anda disini